Tuesday, November 17, 2009

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1916 dengan hanya dua buah kedai yang berdua tingkat. Jumlah murid pada masa itu hanya beberapa puluh orang sahaja. Pada mulanya, sekolah ini dinamai San Yuk Sekolah Umum, rawang yang beralamat di No. 82 & 83, Jalan Maxwell, Rawang. Guru Besar yang pertama ialah mendiang Encik Yong Fah Nam. Semasa penjajahan Jepun, sekolah ini terpaksa ditutup selama 3 tahun 8 bulan sehingga Oktober tahun 1945. ia dibuka semula di bawah pimpinan Pengerusi Lembaga Sekolah ketika itu iaitu mendiang Encik Chee Chow.

Pada tahun 1953, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah San Yuk , Rawang dan ia menerima bantuan gaji kerajaan. Pada tahun yang sama juga, sekolah cawangan telah didirikan di Kampung Baru Rawang untuk menampung bilangan murid yang kian bertambah. Pada tahun 1958, sekolah ini menerima bantuan penuh dari kerajaan dengan nama Standard Type Primary Chinese School dan kemudian ditukar kepada SRJK (C) San Yuk, Rawang sehingga tahun 1998. Selepas itu, ia telah ditukar kepada SJK (C) San Yuk, Rawang sehingga kini.

Pada tahun 1971, sekolah ini telah dipindahkan ke tapak sekolah sekarang. Ia mempunyai 36 buah bilik darjah yang telah didirikan dengan sumbangan derma ikhlas orang ramai Rawang, Persatuan Murid-murid Tua sekolah ini, Persatuan Perkuburan Kwong Hock serta bantuan dari kerajaan. Pada tahun 1981, terdapat sebuah blok dua tingkat yang terdiri daripada 8 buah bilik darjah telah ditambah di sekolah cawangan. Pada tahun 1982, sebuah perpustakaan telah didirikan di sekolah cawangan juga. Pada tahun 1985, sebuah dewan serbaguna juga telah siap dibina di mana penderma utama ialah Syarikat Lim Tan & Sons. Dewan ini telah siap dibina pada 1986 dan telah dirasmikan pada 11 Oktober 1986. ia telah dinamai sebagai Dewan Lim Chen Shien.

Pada Julai 1999, sebuah blok 4 tingkat yang mengandungi 40 buah bilik siap dibina dengan kerjasama Lembaga Pengurus, PIBG sekolah dan Persatuan Murid-murid Tua sekolah serta sumbangan derma dari orang ramai. Blok bangunan ini telah dinamai sebagai Blok A.

Pada tahun 2003, sebuah lagi blok 4 tingkat telah mula dibina dan ia siap dibina pada akhir tahun 2004. Jumlah kos pembinaan blok ini agak tinggi iaitu lebih kurang RM 800 ribu, ia juga adalah sumbangan dari orang ramai. Blok ini dinamakan sebagai Blok B dan telah mula digunakan pada awal tahun 2005. blok ini terdiri daripada 30 buah bilik darjah, makmal sains, dan bilik sumber.

Sehingga kini, bilangan murid-murid di sekolah ini adalah seramai 3440 orang . Jumlah bilangan guru pula terdiri daripada 148 orang termasuk Guru Besar iaitu En. Yau Kok Wan.

2 comments:

  1. 哇.....没想到我的学校历史是多么的深 0_o

    ReplyDelete
  2. 没想到我毕业了三年多,我的母校还是如此没变化哦^^
    FROM:林志良 (6F班,2008年)

    ReplyDelete